RESEPI SAGU GULA MELAKA -Paling Simple Tapi Sedap.

 Assalamualaikum sahabat-sahabat alam mayaku sekalian.

In Shaa ALLAH.
Pada kali ini.
Saya nak share resepi Sagu Gula Melaka paling simple nak buat.
Dan In Shaa Allah sedap.


Okey.
Bahan-bahannya:

1 cawan sagu rendang
Sebuku gula merah
1 tin susu cair
2 helai daun pandan.
Air 4 cawan.

Cara-caranya.

  • Sagu rendang direndam selama 30 minit.
  • Toskan.
  • Didihkan air.
  • Setelah mendidih,masukkan daun pandan.
  • Masukkan sagu rendang tadi.
  • Kacau sehingga sagu rendang masak.Tips nak tahu sagu rendang itu sudah masak .Bila sagu rendang sudah bertukar jernih dan tidak berwarna putih lagi.Itu tandanya sagu rendang sudah masak.Dan bila sagu itu sudah pekat.Itu tandanya sagu rendang sudah masak.
  • Tutup api.
  • Di dalam bekas,tuang susu cair.Agak2 sahaja.Jangan terlalu banyak.
  • Selepas itu,sudukan sagu rendang sebanyak 2 sudu.
  • Biarkan.
  • Masak gula melaka.Kalau nak cepat masak,hiriskan gula melaka tadi tipis2.
  • Didihkan anggaran setengah cawan air.
  • Setelah mendidih,masukkan gula merah yang telah dihiris tadi.
  • setelah larut,tapiskan gula melaka tadi.Sebab kena tapis adalah...Kadang2 gula melaka tu ada sampah dia sikit2.
  • Okey.Selepas itu,tuang air gula melaka tadi ke dalam bekas berisi sagu rendang tadi.
  • Tara...siap sudah.
  • Sejukkan.Untuk lebih sedap,masukkan ke dalam peti sejuk.


Maaflah.Takde gambar pula.


Selamat mencuba ye...

Last but not least.
Masaklah dari hati yang ikhlas.
Itu kunci masakan jadi sedap.

Dan.
Masak with Imaan...




Comments

Popular posts from this blog

RESEPI SAMBAL KICAP JOHOR-confirm sedap.

KARIPAP ROTI BERINTI TELUR.

Cencaru Pecal Kencur