Cencaru Pecal Kencur

 


Assalamualaikum dear my fellow friends..
Ini menu makan tengah hari kami..
Maaflah..agak lama juga saya tak berkongsi resepi di blog ini..
Almaklum,my life goes so busy lately 🤭🤭

Ok..tanpa (membebel) dengan lebih panjang lagi..
Di sini saya kongsikan resepi 
Cencaru Pecal Kencur ya..
Let's check it out my dear fellow friends..

Bahan untuk ditumbuk:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi
9 ketul cekur

Bahan utama:
2 ekor ikan cencaru dipotong 2

Bahan lain:
Air untuk mereneh
1 kotak kecil Santan Kara
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Daun cekur dipotong halus

Langkah langkah:


Siang ikan.Potong kepada 2 bahagian.



Sediakan bahan seperti dalam gambar.


Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, dan cekur.


Didihkan air.Setelah air menggelegak,masukkan bahan yang ditumbuk tadi.


Masukkan garam.


Masukkan ikan cencaru.


Tunggu sebentar.Selepas itu,masukkan 1 kotak Santan Kara pek kecil.


Kecilkan api.Masukkan daun cekur.Perasakan dengan menambah sedikit Ajinomoto.



Setelah semua bahan sebati,
Cencaru Pecal Kencur
sedia dinikmati.

Selamat mencuba resepi ini ya!













Comments

Popular posts from this blog

RESEPI SAMBAL KICAP JOHOR-confirm sedap.

KARIPAP ROTI BERINTI TELUR.