Posts

Cencaru Pecal Kencur

Image
  Assalamualaikum dear my fellow friends.. Ini menu makan tengah hari kami.. Maaflah..agak lama juga saya tak berkongsi resepi di blog ini.. Almaklum,my life goes so busy lately 🤭🤭 Ok..tanpa (membebel) dengan lebih panjang lagi.. Di sini saya kongsikan resepi  Cencaru Pecal Kencur ya.. Let's check it out my dear fellow friends.. Bahan untuk ditumbuk: 3 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3 tangkai cili padi 9 ketul cekur Bahan utama: 2 ekor ikan cencaru dipotong 2 Bahan lain: Air untuk mereneh 1 kotak kecil Santan Kara Garam secukup rasa Ajinomoto secukup rasa Daun cekur dipotong halus Langkah langkah: Siang ikan.Potong kepada 2 bahagian. Sediakan bahan seperti dalam gambar. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, dan cekur. Didihkan air.Setelah air menggelegak,masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan garam. Masukkan ikan cencaru. Tunggu sebentar.Selepas itu,masukkan 1 kotak Santan Kara pek kecil. Kecilkan api.Masukkan daun cekur.Perasakan dengan menambah sedikit ...

KARIPAP ROTI BERINTI TELUR.

Image
Assalamualaikum sahabat2 sekalian... Kali ni saya nak kongsi satu lagi resepi mudah dan ringkas untuk disediakan.Bahan2 pun senang nak dapat. Okayy;lets check it out. bahan2: 4 biji telur secubit garam sedikit kiub ikan bilis 1 loaf roti potong  Cara: -pecahkan telur.gaul bersama garam dan kiub ikan bilis. -Goreng telur dan hancurkan. -Ambil sekeping roti dan cetak seperti karipap. -Letak sesudu setengah telur hancur. -Ulang sehingga habis roti. -Panaskan minyak.Setelah panas;goreng karipap roti tadi sehingga keemasan. -Sedia dihidang. -Selamat mencubaaa✌🏻😉

RESEPI KACANG SIRA PEDAS SIMPLE TAPI SEDAP.

Image
ASSALAMUALAIKUM sahabat2 sekalian.. Malam ni saya nak share resepi kacang +tempe sira pedas.Saya buat petang tadi bersama ibunda tercintaa.. Resepi ni simple je nak buat..bahan2 nya pun senang nak cari..So korang kena try buat lah ya.. Ok guys..ni dia bahan2 dan cara2 nya ya.. Bahan2: Kacang tanah 1/2 kg digoreng Tempe 2 keping dihiris tipis Lada kering 15 tangkai Kiub ikan bilis sedikit Garam secukup rasa Ajinomoto secukup rasa Gula 5 sudu Cara2: -Goreng kacang tanah hingga masak -Goreng tempe hingga garing -Kisar lada -Tumis lada yg dikisar tadi dan masukkan semua bahan2 -Setelah cukup rasa;masukkan kacang tanah dan tempe -Gaul sehingga sebati -Sedia dihidang😊

RESEPI SAMBAL KICAP JOHOR-confirm sedap.

Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian... Entry kali ni saya nak share resepi sambal kicap Johor yang marvellous. Ya,saya tahu senang je ni... Tapi kalau kepada sesiapa yang tak pernah makan atau tak pernah buat sendiri,boleh lah cuba ya. O key. Bahan-bahannya: lada kecil dalam segenggam kecil 1 sudu gula pasir Kicap(saya suka guna kicap Jalen-optional) 2 ulas bawang putih. Cara-caranya: buang tangkai lada kecil. kopek bawang putih(taknak kopek pon boleh.Nnati kita nak goreng bawang ni) Basuh lada kecil dan bawang putih tadi. Panaskan minyak.Jangan banyak sangat.Agak-agak dalam 1 senduk minyak sudah cukup. Masa goreng lada ni,dia akan meletup-letup sikit.Mak saya pesan,kalau taknak dia meletup,belah hujung setiap lada kecil tu dulu sebelum digoreng.Ini petua orang2 dulu ya... Baik.agak2 dah masak,tumbuk lada kecil tadi dan bawang putih. Masukkan gula.Tumbuk sekali. Dah agak-agak lumat,kaup pes tadi dan masukkan ke dalam bekas.tuang kicap.Jangan pekat sang...

RESEPI SAGU GULA MELAKA -Paling Simple Tapi Sedap.

 Assalamualaikum sahabat-sahabat alam mayaku sekalian. In Shaa ALLAH. Pada kali ini. Saya nak share resepi Sagu Gula Melaka paling simple nak buat. Dan In Shaa Allah sedap. Okey. Bahan-bahannya: 1 cawan sagu rendang Sebuku gula merah 1 tin susu cair 2 helai daun pandan. Air 4 cawan. Cara-caranya. Sagu rendang direndam selama 30 minit. Toskan. Didihkan air. Setelah mendidih,masukkan daun pandan. Masukkan sagu rendang tadi. Kacau sehingga sagu rendang masak.Tips nak tahu sagu rendang itu sudah masak .Bila sagu rendang sudah bertukar jernih dan tidak berwarna putih lagi.Itu tandanya sagu rendang sudah masak.Dan bila sagu itu sudah pekat.Itu tandanya sagu rendang sudah masak. Tutup api. Di dalam bekas,tuang susu cair.Agak2 sahaja.Jangan terlalu banyak. Selepas itu,sudukan sagu rendang sebanyak 2 sudu. Biarkan. Masak gula melaka.Kalau nak cepat masak,hiriskan gula melaka tadi tipis2. Didihkan anggaran setengah cawan air. Setelah mendid...